03 March 2013

KISAH NABI DAUD a.s DENGAN ULAT


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"


Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.


Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Sumber : Harmony-my.org



ARTIKEL TERKAIT

NABI MUHAMMAD s.a.w DENGAN PENGEMIS BUTA
KISAH NABI DUAD a.s.
KISAH NABI MUHAMMAD s.a.w
NABI ISA a.s DENGAN ORANG MABUK CINTA
KISAH NABI ISA a.s.
KISAH NABI YAHYA a.s.
KISAH NABI ZAKARIA a.s.
KISAH NABI UZAIR a.s.
NABI SULAIMAN a.s. DENGAN JIN IFRIT
NABI SULAIMAN a.s. DENGAN KUBAH AJAIB
KISAH NABI SULAIMAN a.s.
JANGGUT NABI HARUN a.s. BERWARNA DUA
NABI MUSA a.s. BERMUNAJAT DENGAN ALLAH
NABI MUSA a.s. DENGAN ' AUJ BIN UNUG
KISAH NABI MUSA DAN NABI HARUN a.s
KISAH NABI YUNUS a.s.
KISAH NABI AYUB a.s.
KISAH NABI ZULKIFLI a.s.
KISAH NABI YASA' a.s.
KISAH NABI IDRIS a.s.
KISAH NABI ILYAS a.s.
KISAH NABI SYU'AIB a.s.
KISAH NABI YUSUF a.s
KISAH NABI LUTH a.s.
NABI IBRAHIM a.s DENGAN ORANG MAJUSI
KISAH NABI IBRAHIM a.s.
KISAH NABI NUH a.s.
KISAH NABI ADAM a.s.
KISAH HABIL DAN QABIL PUTRA NABI ADAM a.s.
KISAH NABI HUD a.s.
KISAH NABI SALLEH a.s.
KISAH NABI ISMAIL a.s.
KISAH NABI ISHAK DAN NABI YAK'UB a.s.
NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN
KISAH PARA NABI BANI ISRAEL SELEPAS NABI MUSA a.s.
KISAH NABI KHIDIR a.s.
NABI-NABI YANG DIUTUS KEPADA KAUM YASIN

0 komentar:

Post a Comment