04 March 2013

Siapakah Horus



Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba.. Dia pernah menyatakan dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah



Lambang Horus ini banyak digunakan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia, antaranya Freemason dan Illuminati. Siapakah Horus yang akan kembali ini seperti yang dipercayai masyarakat mesir purba ini?

Quetzalcoatl, The God of Mayan ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.


Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang Englad ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.

Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China. Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “...pemerintah akan kembali.....penghujung waktu...” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

    Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

    Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

    "Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

    Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

    Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

    "Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

    "Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

    Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

    Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa  seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

    Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

    Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

    Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

    Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

    Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

    Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

    Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

    Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

    Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

    Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

    Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

    Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

    Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

    Lelaki itu berkata: " Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

    Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"

    Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

    Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.. Semoga Tuhan Yang Esa menyelamatkan kita semua dari fitnah Dajjal yang besar itu..

0 komentar:

Post a Comment