Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat
perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah)
Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok
manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan
dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah
khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah)
dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah
utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar
bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai
nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya:
"Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang
pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir
penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau
hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan menyucikan Engkau ?'
Tuhan
berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan
dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam
tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk
ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat
dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT.
Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung
pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan
dan perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi
para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut
pada sesuatu yang lain."
Sedangkan
dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya Allah
telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan
ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan
darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah:
30)
Mereka
bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami
bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah,
ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an
disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang
suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka mengira
bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini
terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan
kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun juga."
Kita
melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah
SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka.
Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya
dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat
bahawa Allah SWT berfirman:
"Kemudian
Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata
kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan
suka hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka
hati.'" (QS. Fushshilat: 11)
Apakah
seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan
bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya
Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT
menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam
fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya dramatis
dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita
membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam, Dia
memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka bersujud
kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau bermusyawarah
dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT
memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi,
dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka
akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu
para malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih
kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan
termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam
masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan
kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka tentang
penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang pertanyaan yang
tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan
kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri.
Firman-Nya:
"Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat
tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para
malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran
kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog antara Allah SWT dan
para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan penghormatan
terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri
malaikat sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di
muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan
disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya
tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia di alam
wujud, namun khilafah di muka bumi bukan hanya dilakukan dengan hal itu.
Ia memerlukan karakter yang lain, suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan
lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi
dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua
ini layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun.
Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka
terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak
menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak
mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya
yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab
perwujudannya pada sesuatu.
Setelah
beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah ciptaan baru,
di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan Allah,
dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di
dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi
Adam akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah yang
tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah
SWT berfirman:
"Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku."
(QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu
Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal
Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali
pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang
disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam ayat
tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia
menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan
jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui
bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh
sesama kita, manusia."
Para
malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi.
Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia
memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia
menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud
kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud
penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan
kepada Allah SWT.
Allah
SWT berfirman:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan
menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya
dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan
bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali
Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. "
(QS. Shad: 71-74)
Allah
SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang
berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh
kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur
tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur
hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah
SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya,
kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.
Selanjutnya,
Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud
kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu
siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis
berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka.
Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis
untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah
berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah
Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu
merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik
daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan
dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya
kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai
hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari
mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang
yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari
kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka
semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad:
75-83)
Nabi
Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta,
rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang telah
menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk
sujud kepadanya. Adam juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap
iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika
melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu
membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang
menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang
lain.
Kemudian
alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari
tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari
Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana di
antara keduanya yang paling utama.
Dari
dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang
memakai atribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada
Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati.
Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang
ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam
mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari
rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung
dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.
Barangkali
ada seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda tidak meyakini
terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda cenderung
menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima adanya dialog antara
Allah dan iblis." Saya jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan kita
kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para
malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan
dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai
dengan karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia.
Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya
sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain,
bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya
kecenderungan agama mereka dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu
oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka
dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat
manusia dan jin cenderung untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para
malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara langsung
- setelah penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan kepada
makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi
Adam mengandung maksud yang dalam.
Allah
SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada
akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk
sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud
kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya
atau mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada
makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka
kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang
perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang
bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan
sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat
tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada
mereka.
Adam
menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan yang Allah
SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas
penggunaan kebebasan itu. Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam
mempelajari pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui
bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui
bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya
saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya,
hikmah penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:
"Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS.
al-Baqarah: 31)
Allah
SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam simbol-simbol dan
nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan benda-benda: ini burung, ini
bintang, ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua
nama-nama tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan
pengetahuan. Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam
dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk
menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam.
Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan
para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama benda-benda;
kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut
atas para malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. "
(QS. al-Baqarah: 31)
Yang
dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para malaikat
memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun
mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT
tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai
simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk
pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:
"Maha
Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni,
kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak
ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS.
al-Baqarah: 32)
Yakni,
mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada
Adam:
"Hai
Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah:
33)
Kemudian
Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada
mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku
nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:
'Maha
Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau
ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama
benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu,
Allah berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa
yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah
SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang
mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam
sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan dan sebagaimana
juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.
Para
malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang
tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat
mengetahui, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya
sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi,
di mana ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan
pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan
dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran
bumi dan pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan
ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah
hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan
pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan
ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun
gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang dengan sayap satu
di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya.
Nabi
Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama para
malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh
kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia
mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh
dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:
Adam
berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan
itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di
tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari
mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT
menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa
Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram
denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang
merasakan kesepian."
Para
malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab:
"Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya
Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat
aku dalam keadaan hidup."
Nabi
Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya
kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya
itu, sehingga Hawa mencintainya. Allah SWT berfirman:
"Dan
Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan
makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai,
dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)
Kita
tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan
para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata:
"Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan
tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut.
Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan
tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan:
"Ia adalah syurga yang lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan
Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman)
dari taman-taman bumi yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok
mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan
menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat dengan hal
ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan
tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil dari apa
yang terjadi di dalamnya.
Nabi
Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan kenikmatan
manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang
berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang
tak terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada
saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia
banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk,
tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan
disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi
mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu
pohon, yang barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan.
Allah SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga:
"Dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi
Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon
ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan
hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan
kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan
dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah
aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan
sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya
ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam
memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya
dalam syurga.
Berlalulah
waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada
suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah
SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis
adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu
dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya
mereka berdua memakan buah terlarang itu.
Allah
SWT berfirman:
"Dan
derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)
Tidak
benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda
Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas
Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang
bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi
Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia,
dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan.
Belum
selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan,
kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik
indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian,
demikian juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan
bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon
untuk menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan
perintah agar mereka turun dari syurga.
Nabi
Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan
sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat
mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan
kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan
hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari
kebangkitan. Allah SWT berfirman:
"Di
bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu
akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian
Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam
selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia
ke bumi.
Allah
SWT berfirman:
"Dan
Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah)
ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka
sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam,
sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka
sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di
dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa
dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan
membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya
tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka
keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya
aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di)
syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka
Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu
berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian
yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang
mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS.
Thaha: 115-123)
Sebahagian
orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan
kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT
berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada malaikat:
"Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Dan
Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan
khalifah di syurga."
Tidaklah
turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan
penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui
bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan
turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan
mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka
bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka -
bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa
jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan
permusuhan pada setan.
Apakah
dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa
Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari
syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya
dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang
kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan
memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat
yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya
yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang
bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu.
Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang
memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi
Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan
kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu
berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat
khalifah di dalamnya.
Nabi
Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya.
Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan
penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang
jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat dilewati
dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat,
memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar
beristighfar dan mengucapkan:
"Ya
Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami
termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)
Allah
SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam
adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia
keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal
tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi.
Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar
dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum
kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah)
setelah pengangkatan kenabian mereka.
Nabi
Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di
bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus
menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan
pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan
binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus
meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar
dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan
kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran
antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah
berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan
merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada
Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi
Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai
kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya
adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus
menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan
yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya
lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang
perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka
dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak
perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar dan
menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi
Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan
kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis
sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah
seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu
membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah
kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah dari
salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain
(Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan
bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya
sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu
setiap dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban
dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia
(Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya Allah
hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu
menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan
menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah
bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan
oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan
kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat
tangannya sambil mengancam, namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan
tenang:
Sesungguhnya
aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri,
maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan
bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah
percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang
baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di
tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan
dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang
tersisa hanya tulang belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang
jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat
tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu
tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia
bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga tidak
tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya
benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak
pucat wajahnya.
Rasulullah
saw bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak
Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali
mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam
keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam,
ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui
bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan.
Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di depan ayahnya,
maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat
membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali
mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang
mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba
keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa
ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang
berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup
meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai menggali
tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan
paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya
di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si
pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan
kemudian berteriak:
"Berkata
Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung
gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai
merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap
saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan
paling lemah. Ia telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak
Nabi Adam berkurang satu dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak
Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras,
lalu ia menggali kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut
Nabi Adam berkata:
"Ini
adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi
Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya. Salah
seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam salat
untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani kehidupannya di muka
bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang
Nabi yang menasihati anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk
menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan
meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman
pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama
anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya sendiri.
Nabi
Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti sehingga
anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin
bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun pohon tua yang ditanam oleh
Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh
air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air
mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon
itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu
sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa
bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam
sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat
dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati.
Kamar
yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang
putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon
dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu
wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada
satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang
dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu
adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi
Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia
sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk
membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama,
sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka
dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah
wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua
matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya. Had Nabi Adam
tersenyum ketika mendapatkan kata salam yang dalam, dan rohnya mencium bau
bunga syurga.
0 komentar:
Post a Comment