Dalam keadaan yang sangat terdesak tetapi sangat terahsia
perancangannya, Illuminati sekali lagi cuba menjalankan program teater
desperado bagi merealisasikan matlamat ‘lain’.
Situasi isu Hari Membakar Al-Quran tidak lebih kepada suatu
usaha terancang untuk mempromosikan bakat kepimpinan seorang pemimpin Islam
tajaan Illuminati. Dalam erti kata lain, suasana tegang ini dicetuskan untuk
memberi populariti kepada seorang hero palsu umat Islam.
Hero palsu ini sudah tentulah akan dinobatkan sebagai
pembawa harapan-harapan pemimpin negara Islam lain untuk diketengahkan di
tengah-tengah meja rundingan pemimpin dunia. Pemimpin-pemimpin negara Islam
juga berharap negara-negara barat yang degil dapat mendengar kata hero palsu
ini.
Individu yang dijangka menjadi sandaran besar Illuminati
bagi menjalankan dasar-dasar New World Order akan datang ialah Imam Feisal bagi
Masjid Ground Zero.
Lakonan ini dilihat terlalu mudah kerana umum mengetahui
bahawa cadangan pembinaan Masjid Ground Zero sudah pasti akan mengundang
kemarahan rakyat Amerika yang racist.
Bukti 1 : Promosi media anti-Islam terhadap Imam Feisal
Larry King yang terkenal sebagai rancangan anti-Arab
dengan tiba-tiba menjemput Imam Feisal Abdul Rauf pada 8 September 2010 lepas
bagi bersoal-jawab tentang pembinaan Masjid Ground Zero.
Selain itu, Imam Feisal adalah satu-satunya Imam yang
mendapat publisiti meluas dari media-media massa Yahudi di Amerika seperti CNN,
New York Times, Frontline dan lain-lain lagi.
Akhbar pro-zionis milik Yahudi, Washington Post juga
melakukan sesuatu yang pelik iaitu memuji-muji Imam Feisal sebagai seorang
pemimpin yang sangat toleran dan mementingkan perpaduan kaum. Ini berbeza
dengan nada Washington Post sebelum ini yang selalu menyebarkan ideologi
anti-Arab.
Pada 12 September 2010, Imam Feisal juga akan dijemput oleh ABC News bersama-sama
dengan Austan Goolsbee, Pengerusi bagi White House Council of Economic
Advisers.
Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, Imam Feisal pernah
mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan Amerika yang menceroboh
negara-negara Islam Timur Tengah. Agak mencurigakan, kenyataan pedas ini
dipromosikan media barat dengan luas malah tiada kecaman langsung dari
mana-mana anggota ADL atau ahli-ahli kabinet Obama. Ia tidak sama seperti Prof
Ismail Faruqi yang tidak pernah mengecam melalui akhbar tetapidibunuh bersama
isterinya hanya kerana mengeluarkan idea 'Islamization of Knowledge'
(Gagasan PengIslaman Ilmu).
Bukti 2 : Pembinaan masjid diluluskan tetapi dibiarkan
menghadapi isu kemarahan rakyat
Seperkara yang membuktikan ia lakonan, Terry Jones sebagai
revolusionist tidak pula mengutarakan bantahan ketika Islamic Centre of New
York mengemukakan cadangan awal kepada majlis bandaraya New York dalam usaha
membina masjid di Ground Zero.
Manakala Imam Feisal tiada langsung kelihatan berusaha untuk
berjumpa Terry Jones sebaliknya peranan tersebut diambil sepenuhnya oleh Imam
Muhammad Musri, Presiden Islamic Society of Central Florida.
Di dalam isu ini, Imam Feisal harus dipersalahkan 100
peratus kerana beliau sendiri mengetahui bahawa dengan cadangan membina masjid
di kawasan Ground Zero, ia sudah pasti mengundang prasangka negatif masyarakat
barat terhadap Islam.
Imam Feisal juga sudah sedia maklum bahawa masjid merupakan
simbol tempat ibadat bagi umat Islam, jadi cadangan pembinaan tersebut akan
membuatkan para racist barat lebih benci kepada umat Islam. Cadangan itu
seolah-olah merendah-rendahkan reputasi agama Islam di mata barat.
Selain itu, Imam Feisal tidak mengendahkan tawaran Donald
Trump, billionaire New York yang menawarkan
untuk menanggung semua kos pembinaan masjid jika ia dipindahkan ke
bahagian lain di New York. Trump cuba bersikap berkecuali dan percaya tawarannya
itu boleh meredakan ketegangan kedua-dua belah pihak.
Namun, ia tetap tidak diendahkan oleh Imam Feisal.
Bukti 3 : Imam Feisal Abdul Rauf adalah sekutu Yahudi Elit
Kami bukanlah bertujuan memburuk-burukkan sesama umat Islam
tetapi dewasa ini propaganda zionis dan sekutu-kutunya tidak lagi dipelopori
oleh yahudi sahaja bahkan segelintir umat Islam turut bersekongkol dengan puak
ini.
Terdapat seperkara yang mencurigakan tentang Imam Feisal
Abdul Rauf. Pertama sekali cadangan untuk pembinaan masjid di Ground Zero
adalah hasil idea beliau sendiri bukannya melalui suatu mesyuarat jawatankuasa
atau mesyuarat khas bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di New York Islamic Center.
Keduanya, Imam Feisal juga merupakan anggota rasmi bagi
pertubuhan elit Yahudi Zionis iaitu Council on Foreign Relation (CFR
atau disebut juga sebagai CAFFIR) yang mana organisasinya dikawal selia oleh
David Rockefeller. Keanggotaan Imam Feisal di dalam CFR adalah sebagai Pengarah
bagi Suruhanjaya Penasihat Agama di CFR dan Pengerusi Cordoba Initiative.
Menurut laporan Corbett Report, hasil perbualan mereka dengan Nancy Pelosi,
mendedahkan bahawa dana pengurusan Cordoba Initiative bukan disumbangkan oleh
umat Islam tetapi beberapa pertubuhan elit antarabangsa.
Manakala dalam Steve Watson (prisonplanet.com), Imam Feisal (yang
juga boleh berbahasa Melayu) jelas seorang boneka bagi CFR dalam usaha mereka
merencanakan perang akhir zaman antara Islam dan barat. Watson juga menegaskan
bahawa kos pembinaan Masjid Ground Zero bernilai USD100 juta dibiayai American
Society for Muslim Advancement (ASMA).
Manakala dana tabung ASMA pula adalah daripada Carnegie
Corporation of New York, the Ford Foundation, Rockefeller Brothers, Rockefeller
Philanthropy dan Rockefeller Brothers Fund. Kesemuanya organisasi milik Yahudi
Elit Zionis.
Menurut Jerry Mazza, penulis buku State Of Shock: Poems
from 9/11 on, Imam Feisal telah meletakkan umat Islam Amerika di dalam
bahaya serta membuatkan mereka sentiasa dikelilingi oleh rakyat-rakyat Amerika
yang marah.
Kesimpulan
Rentetan dari isu ini sejak ia digembar-gemburkan oleh
media-media antarabangsa, jelas menunjukkan bahawa ‘Pesta Membakar Al-Quran’
adalah satu helah Zionis untuk menimbulkan kemarahan umat Islam serata dunia.
Bagi merangsang kemarahan masyarakat Amerika pula, Zionis
melalui agen-agennya membuka ruang kelulusan mendirikan projek pembinaan Masjid
Ground Zero di tempat punca tercetusnya istilah ‘pengganas’ terhadap agama
Islam pada 2001 iaitu kawasan runtuhan World Trade Center.
Pertembungan kemarahan kedua-dua belah pihak ini merupakan
objektif utama Illuminati. Dan selepas itu kita dapat melihat di celah-celah
pertembungan dan kemarahan itu, seorang individu muslim di sebelah pihak Islam
dan seorang individu non-muslim akan menjadi hero dalam meredakan ketegangan
yang timbul.
Untuk semua isu di atas, ‘key person’ bagi propaganda
Illuminati 11 September 2010 kali ini ialah Imam Feisal Bin Abdul Rauf.
Mudah-mudahan Allah melaknat tipu helah Illuminati yang
sentiasa merancang menjatuhkan agama Islam sejak ratusan tahun dahulu.
0 komentar:
Post a Comment