Berikut cuma sekadar hipotesis penulis hasil pengamatan
semasa, penelitian dan pembacaan
1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya
iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman
2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21
3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia
4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:
2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21
3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia
4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:
Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW
Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu
Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali
Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah,
Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden
Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman
yang Terpimpin” dibawah Imam al-Mahdi
Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS
yg membawa kelangsungan dakwah agama Islam
5. Secara berperingkat:
Sebelum kiamat berlaku, akan terjadi fenomena2 alam yang
dahsyat seperti tiupan sangkakala, matahari terbit dari barat,muncul Ya’juj
& Ma’juj
Sebelum terjadinya fenomena2 awal kiamat tersebut, turunnya
Nabi Isa AS memakmurkan bumi dengan agama Islam
Sebelum turunnya Nabi Isa AS, munculnya Dajjal
Sebelum munculnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi memimpin umat
Islam
Sebelum munculnya Imam Mahdi, keluarnya Pembawa Panji-Panji
Hitam (Bani Tamim) dari Timur
Sebelum munculnya Pemuda Bani Tamim, berlaku suatu
peperangan awal yang membawa kepada penindasan dan kezaliman terhadap umat
Islam
6. Sekadar hipotesis:
1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman
40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471
Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS
30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441
Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi
10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431
Hijrah (2010 M) adalah era Israel
100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331
Hijrah adalah era Amerika Syarikat
1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331
Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United
Kingdom di zaman pra-moden)
7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10),
Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan
Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian,
Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya
iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh
10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.
8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.
9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”
10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.
11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan:
8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.
9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”
10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.
11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan:
1. Korea Utara, 2.Lubnan(Hezbollah), 3.Syria, 4.Mesir,
5.Iran.
Kenapa Korea Utara? Kerana Korea Utara terletak paling
Timur dan mempunyai potensi besar menyemarakkan api (huru-hara) dari Timur.
Tambahan, KU terletak berhampiran dengan China dan Rusia dan dekat juga dengan
Nusantara. Menguasai KU, bermakna AS/Israel dapat mengawal China dan Rusia
dengan lebih dekat lagi sekaligus mengukuhkan penguasaan terhadap Asia Timur
termasuk Asia Tenggara. Walaupun telah menempatkan tenteranya di Korea Selatan
dan Jepun, penjajahan ke atas KU membolehkan AS/Israel berkuasa mutlak di
negara tersebut berbanding ke atas Korea Selatan dan Jepun serta negara Asia
Tenggara lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina.
Penguasaan terhadap Korea Utara seperti yang berlaku
terhadap Iraq dan Afghanistan, membolehkan AS/Israel mengepung kebangkitan
dunia Islam. Israel dan Iraq di Asia Barat, Afghanistan di Asia Tengah dan
Selatan dan Korea Utara di Asia Timur.
Perang keatas Lubnan/Syria/Mesir adalah atas Misi Israel
Raya iaitu menguasai jajahan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates
Perang keatas Iran, zahirnya mungkin tapi tersiratnya
mustahil
Dari peperangan yang berlaku, tidak mustahil menjadi
penyebab kepada tercetusnya kezaliman yang lebih parah keatas umat Islam secara
tidak langsung
12. Dajjal dan umat Islam:
Ulama itu pewaris nabi. Siapa mereka? Mereka adalah ulama
yang mencapai makam dan darjat TAKUTKAN ALLAH. Mereka adalah para wali Allah.
Semua wali adalah ulama tapi bukan semuanya ulama adalah wali Allah. Merekalah
yang membimbing umat Islam di akhir zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
Illuminati dan Dajjal adalah underground Yahudi, sungguhnya
gerakan tarekat muktabarah dan para Wali Allah adalah penggerak underground
untuk umat Islam
Fitnah-fitnah Dajjal menyerang umat Islam dari semua penjuru
termasuk menggunakan umat Islam sendiri sebagai agen dan berusaha menghalang
kebangkitan Islam yang akan dimulai oleh Pembawa Panji Hitam kemudian Imam
al-Mahdi. Sungguhnya para Wali Allah lagi arif mengatasi serangan Dajjal dalam
memastikan kalimah taqwa sampai dihati setiap umat Islam
Kebijakan dan geniusnya Dajjal berdasarkan akal, sungguhnya
kearifan para wali Allah berbekalkan mata hati yang dilimpahi nur Ilahi
Secara zahirnya diakhir zaman, kebijakan Dajjal dan
pengikutnya dizahirkan dalam pakaian “Canggih, Moden, Hebat, Gah”, sungguhnya
kearifan para wali Allah dan insan-insan beriman yang akan memerangi Dajjal
kelak zahir dalam bentuk “Zuhud, Sederhana, Faqir”
Dajjal bijak menyembunyikan diri sehingga masa yang
ditetapkan sampai dan Dajjal berusaha menghapuskan Ahlul Bait yang berpotensi
menjadi Imam Mahdi, sungguhnya Imam Mahdi akan lahir dalam nasab ahlul bait
yang tersembunyi (The Hidden Golden Chain) dan sehingga menunggu ditaklifkan
dalam satu malam oleh Allah, Imam al-Mahdi akan membesar terpelihara kerana
berada dalam penjagaan Allah melalui para WaliNya
Kebangkitan Islam akhir zaman pasti datang daripada bangsa
A’jam dari Timur. Dari bangsa inilah lahirnya Pembawa Panji Hitam dan Imam
al-Mahdi.
Terdapat pelbagai riwayat bertulis seperti melalui hadis
tentang Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi. Terdapat juga riwayat yang
datang bersumber daripada pandangan para ulama
Penulis berpendapat,
Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi adalah dua pemuda yang
datang daripada nasab Rasulullah SAW melalui Saidina Hassan dan S.Hussin iaitu
Ahlul Bait yang tersembunyi keturunan dan susur galurnya. Moyang mereka adalah
daripada para syarif/ahlul bait yang datang daripada Haramain berhijrah ke
Timur iaitu Nusantara untuk menyebar dakwah Islam
Kedua-duanya adalah ahlul bait yang masih berdarah Quraisy
cuma telah berubah sifat luarannya menjadi A’jam
Kedua-duanya dilahirkan kemudian membesar tetapi dalam penjagaan
Allah melalui para waliNya
Bahkan, diri mereka sendiri tidak mengetahui dan mengenali
diri mereka sehingga ke suatu masa yang ditetapkan
Maka, mereka tidak sesekali mengisytiharkan diri mereka
sendiri tetapi orang ramai lah yang akan membaiah mereka sebagai pemimpin umat
Islam
Kedua-duanya hidup dalam kesusahan dan fitnah dunia tetapi
dijanjikan Allah dengan kehidupan akhirat yang bahagia
Pembawa Panji Hitam adalah pembantu Imam al-Mahdi seperti
mana Nabi Harun terhadap Nabi Musa, seperti Abu bakar terhadap Rasulullah SAW
dan sepertimana Saidina Hussin dan Saidina Hassan
Mereka akan membangkitkan Islam untuk tempoh masa yang
menyamai masa zaman khulafa Rasyidin iaitu selama 30 tahun sebelum kedatangan
Nabi Isa AS
Pembawa Panji Hitam akan muncul terlebih dahulu sebelum
munculnya Imam al-Mahdi
13. Apa yang telah disampaikan, sekadar pandangan penulis.
Akhir kalam, sama-samalah kita kuatkan fizikal dan kerohanian khususnya para
pemuda-pemudi Islam. Kuatkan “Islam,Iman,Ihsan” dihati sanubari bagi mendapatkan
taqwa kpd Allah. Dapatkan Mursyid yang arif untuk membimbing diri.
14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman
15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi
16. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali.
14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman
15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi
16. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali.
0 komentar:
Post a Comment