Surga di telapak kaki IBU, apakah benar menurut anda?
Seringkali kita lihat banyak sekali seorang anak yang durhaka terhadap ibunya.
Begitu terhadap anak perempuan, banyak sekali kita lihat pelecehan-pelecehan
yang terjadi terhadap mereka.
Mari kita sedikit merenung tentang keistimewaan perempuan
yang kadang-kadang kita lupakan. Ini saya lampirkan beberapa keistimewaan
wanita menurut Hadist yang saya ambil dari beberapa sumber :
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000
lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh
rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka
jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat
dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW
“Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW,
“Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah
dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Semoga bisa menjadikan pelajaran bagi kita, entah itu
seorang perempuan ataupun laki-laki. Maka daripada itu, hargailah seorang
wanita..apalagi Ibu anda!!! Apapun perbuatannya, Beliau tetaplah Ibu Anda.
Tidak akan ada kata-kata “mantan Ibu”. Renungilah!!!
Terima Kasih
Mark Williams bait suci akan membantu Anda untuk mencapai tujuan apa pun , listrik , bergerak bisnis , kekuatan cinta , bicara dan percaya , kekayaan , uang ss , hubungi kami di markwiliamsm@gmail.com
ReplyDeleteMark Williams bait suci akan membantu Anda untuk mencapai tujuan apa pun , listrik , bergerak bisnis , kekuatan cinta , bicara dan percaya , kekayaan , uang ss , hubungi kami di markwiliamsm@gmail.com
ReplyDelete